Semua orang pasti ingin mempunyai bentuk badan yang ideal dan sihat. Namun, untuk mencapai nya, tidak lah semudah yang disangka. Anda perlu mengambi langkah-langkah yang betul dan berkesan. Salah satu cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet. Tapi, ni lagi seminggu nak raya, sempat ke tak nak diet ni ? Dalam post kali ini, saya nak kongsikan 4 Tips Kurus dengan Cepat hanya dengan berhati-hati memilih makan. 1. Pilih makanan dan minuman yang lebih sihat Tak semua makanan itu sama. Banyak beza dari segi nutrien, kualiti dan juga kalori. Contoh nya, ayam goreng yang digoreng sendiri di rumah berbanding dengan ayam goreng yang dibeli di restoran makanan segera. Walaupun nama nya sama, tapi ia dua makanan yang berbeza. Sudah tentu yang digoreng sendiri lebih baik, dan umum tahu makanan fast food mengandungi lemak trans-fat, gula & garam yang lebih tinggi dan daging ayam terproses, yang sering dikaitkan dengan obesiti. Memakan makanan yang ...