Skip to main content

Bisnes Online Terbaik Buka Pintu Untuk Peniaga Baru

Assalamualaikum dan apa khabar semua 


Jika anda mencari “cara” untuk memulakan bisnes atau mula berniaga, mungkin mencari peluang online adalah pilihan terbaik. Dalam dunia digital kini, lebih ramai orang mencari produk dan perkhidmatan secara online, menjadikan pasaran online semakin berkembang pesat. Kita sendiri pun kalau boleh nak semua di hujung jari, pantas, mudah, jimat masa, nak makan pun cari online. Sekarang, vitamin pun semua nya tersedia atas pelbagai paltform.

Pengalaman Bisnes Online Shaklee

Saya sendiri sudah 10 tahun membina Bisnes Online bersama Shaklee. Sosial media betul-betul melonjak kan Bisnes Online dan menjangkau pasaran yang lebih luas, tak terbatas oleh lokasi, peringkat umur, walau apa pun ciri perbezaan dan situasi kita. Saya pula, setiap kali memuatnaik post kat sosial media, mesti ada terselit produk Shaklee. Because Shaklee is Life πŸ˜‰

Semasa musim COVID mencapai angka tertinggi tahun lepas, ramai rakan-rakan sepejabat yang terjangkit, dan dengan adanya kemudahan online, saya dan beberapa rakan lain mampu membantu mendapatkan Vitamin C kepada mereka yang terlibat. Saya rasa sangat bersyukur kerana serba sedikit  membantu mereka sihat lebih cepat dan mengelak simptom untuk menjadi lebih teruk. Masa tu, musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan, risiko tinggi untuk keluar, kedai buka pada masa yang terhad, orang pun keluar hanya jika ada urusan penting. Tetapi, Vitamin Shaklee masih mudah didapati dalam keadaan terdesak.

Dan yang paling saya hargai, adalah circle of friends dalam kumpulan Bisnes Online Shaklee saya. Walaupun jauh di mata, tetapi dekat di hati secara online. Sokongan berterusan, teguran, perkongsian ilmu bermanfaat dan gurau senda yang sentiasa menceriakan hari saya. Mereka sentiasa berada di sisi semasa turun naik saya di dalam bisnes selama sedekad ini. Virtual Hug πŸ€—

5 Sebab Bisnes Online Shaklee Paling Popular

1. Bisnes Tanpa Modal

Produk pertama Shaklee yang saya beli ialah supplement premium Vivix, dan cuba teka apa yang datang sekali  bersama supplement ? Ya, percuma keahlian ! Tak perlu pun beli stok tambahan atau beli pakej berbeza sebagai ahli (pengedar). Dah jadi ahli, dah boleh dah mula Bisnes Online dan start jana income. Bila dah mula ambil produk dengan konsisten, kita sendiri rasa effectnya, dan kita sebarkan pula "Shaklee Effect" kepada orang sekeliling kita. Dengan kata lain, kita sendiri jadi duta Shaklee. Kita dapat nikmati pulangan dalam bentuk pendapatan bulanan daripada produk yang kita beli sendiri, dan juga jualan yang kita buat. What's better than that ? Sendiri jadi model hahaha, bagi chance la😁

2. Website Shaklee Malaysia yang lengkap

Website Shaklee lengkap dan padat dengan informasi, bukan setakat catchy dan berwarna-warni. Di sini lah tempat shopping, di sini lah juga tempat saya membaca, menelek setiap label dan juga menonton video! Bahagian 'favourite' saya ialah bahagian 'Resources'. Dalam tu macam-macam ada -- resepi, informasi lengkap tentang vitamin dan kelebihannya, disertakan juga 'References' dari jurnal-jurnal dan kajian yang berkaitan. Yang terbaru, Shaklee telah melancarkan Shaklee Chatbot, menarik betul!


Website : https://www.shaklee.com.my/

Paling penting, ia juga user friendly, mudah sangat untuk dikendalikan. Click, click, click, siap order, tunggu brang sampai rumah. Boleh juga mendaftar terus sebagai ahli direct kat website. Ciri-ciri di atas sangat membantu untuk saya membuat Bisnes Online dengan lebih mudah.

3. Pemasaran boleh dijalankan di semua platform media sosial secara percuma

Shaklee membenarkan pengedarnya membuat Bisnes Online dan memasarkan produk ke media sosial antaranya Blog, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan yang terbaru dan terhangat, di Tiktok juga. Caranya hanya berkongsi pengalaman dan aktiviti berkaitan produk, dan sebenarnya, ini lah iklan paling berkesan pada orang ramai, sebab mereka boleh lihat "Shaklee Effect" dengan mata sendiri. Oh ya, saya juga selalu muatnaik gambar dan video anak-anak sebagai pelaris hahaha




4. Bahan pemasaran dikongsi dengan pantas di Saluran Telegram Shaklee

Dari mana saya dapat poster, gambar, video yang cantik-cantik untuk buat promosi ? Mudah sangat, Shaklee telah menyediakan bahan-bahan untuk pengedar membuat promosi dan pemasaran. Jadi jangan bertangguh lagi, pengedar yang telah berdaftar boleh segera ke Saluran Telegram Shaklee MY - Official, dan mula kan langkah Bisnes Online hari ini juga. Bahan-bahan ni semua percuma ya, khas untuk pengedar tak kira baru atau lama. 



5. Buat Bisnes Online dari rumah atau di mana sahaja anda berada

Ini adalah kelebihan Bisnes Online bersama Shaklee, kita tak perlu keluar rumah dan pergi ke outlet untuk beli dan hantar produk. Semuanya boleh buat secara online. Tak payah risau nak bersiap, start kereta, cari parking, angkat stok berat-berat. Sesuai sangat untuk Busy mom macam saya, sambil-sambil layan anak, dengan telefon pintar pun dah boleh uruskan order, delivery, pendaftaran ahli, dan tengok berapa banyak bonus untuk bulan depan 😎
Selain produk, program latihan, mesyuarat dan perbincangan leader juga dilakukan secara online. 

Kesimpulan

Sangat banyak yang boleh Shaklee tawarkan jika anda masih baru, sedang mencari peluang dan berminat untuk memulakan bisnes. Tetapi, walaupun tanpa modal dan banyak bahan tersedia, kita masih perlu berkerja keras dan berusaha untuk membuat Bisnes Online terutama dari segi masa dan ilmu. Semua ini adalah pelaburan untuk peningkatan bisnes dan personal development yang akan dituai di masa hadapan nanti.

Tak terkecuali, pendapatan lumayan menanti jika kita bersungguh dalam Bisnes Online Shaklee. Juga berpeluang untuk menikmati Bonus Kereta dalam bentuk tunai setiap bulan, peluang melancong bertaraf 5 bintang setiap tahun dan pelbagai lagi insentif menarik.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

-----

Davina Mahmood
Whatsapp : https://watsap.my/0198881488/vitamin
FB : Davina Mahmood

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

-----

PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. 

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah : Pembakar Semangat di saat setiap keluhan

Assalamualaikum dan apa khabar semua 🌻 Panas betul cuaca sekarang ni ya ?  Tak tahu di mana logiknya, tapi emosi sedikit terganggu dek bahang matahari. Tidak boleh salah sedikit, mula lah merengus, adakalanya membebel tak sudah.  Satu demi satu ujian bertimpa. Berbagai soalan mula timbul di dalam kepala.  Dan sebagai hamba yang lemah, sering terucap di bibir, keluhan demi keluhan terluah. Diikuti dengan tanda-tanda sakit kepala,  sukar untuk fokus,  susah untuk tidur, mudah marah, makin sensitif. Sah, ini sudah jadi Stres!  Stres pada definisinya adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.  Kita sering memandang ringan tentang stres tetapi tahukah anda stres juga boleh membawa maut ? Kegagalan menangani stres boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Stres mampu melemahkan sistem imun tubuh kita yang akhirnya

Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan apa khabar semua 🌻 Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya 🎢🎡🎢🎡🎀 Lagu Raya yang satu ni dah melekat kat kepala, asyik terngiang-ngiang je. Pernah tak korang kena macam ni ? This will take some time to get it out of my head.  Maybe lepas 30 Syawal kot hihihi Raya tahun ni sangat bermakna pada saya, setelah 3 tahun tak balik kampung sendiri, selepas pandemik. Jujurnya, saya pun dah lupa giliran beraya kat kampung siapa tahun ni, sebab PKP lama sangat πŸ˜… Tapi suami setuju untuk balik beraya di Sabah, dan parents serta adik beradik pun balik, jadi memang meriah ! Walaupun harga tiket flight agak mahal setanding harga melancong ke oversea, tapi kami tekad untuk balik dan sambut hari raya di Tawau, Sabah. Kami balik awal sejak Ramadhan ke 26, dan bermula lah episod packing baju, kuih muih dan tak lupa juga supplement penting untuk bekal semasa di kampung. Semestinya raya dengan Shaklee, ini antara supplement yang tak boleh saya tinggalkan : 1. Basic supplement:  - Vitalea