Skip to main content

Tips Kurus Dengan Cepat : Gabungan Diet dan Puasa yang berkesan



Semua orang pasti ingin mempunyai bentuk badan yang ideal dan sihat. Namun, untuk mencapai nya, tidak lah semudah yang disangka. Anda perlu mengambi langkah-langkah yang betul dan berkesan. Salah satu cara yang paling popular untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan diet.

Tapi, ni lagi seminggu nak raya, sempat ke tak nak diet ni ? Dalam post kali ini, saya nak kongsikan 4 Tips Kurus dengan Cepat hanya dengan berhati-hati memilih makan.

1. Pilih makanan dan minuman yang lebih sihat

Tak semua makanan itu sama. Banyak beza dari segi nutrien, kualiti dan juga kalori. Contoh nya, ayam goreng yang digoreng sendiri di rumah berbanding dengan ayam goreng yang dibeli di restoran makanan segera. Walaupun nama nya sama, tapi ia dua makanan yang berbeza. Sudah tentu yang digoreng sendiri lebih baik, dan umum tahu makanan fast food mengandungi lemak trans-fat, gula & garam yang lebih tinggi dan daging ayam terproses, yang sering dikaitkan dengan obesiti. 

Memakan makanan yang sihat seperti protein dari sumber yang segar, sayur-sayuran dan buah-buaham kurang manis adalah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanan yang tinggi dengan serat akan membantu anda  merasa kenyang lebih lamaJadi, mulai hari ini,

2. Kurangkan gula (termasuk nasi)

Pengurangan gula memang banyak memberi impak kalau nak kurus dengan cepat. Bukan roket sains, semua tahu yang makanan dan minuman tinggi gula bermakna ia mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, buang gula = buang kalori, setel separuh masalah.

Untuk jimat kalori, saya buat “No air manis” challenge setiap hari untuk memantau pengambilan air manis saya, dan juga sebagai report dan monitoring performance pattern pemakanan / minuman saya. Dengar macam complicated ? Sebenarnya, mudah saja.

Macam mana nak guna Tracker ni?

Senang je. Tgk kat atas tu, ada Wins dan Fails. Kalau hari tu berjaya, warnakan Hijau (Wins). Kalau terbabas, warnakan Merah (Fails). Penghujung challenge nanti kita tengok warna apa lg banyak 😅

Nak edit image boleh, nak print hard copy pun boleh. Contoh kt bawah ni saya guna Notes dlm fon untuk edit, warnakan dan tambah Text.

Saya plan nak print, tapi ink printer dah habis tak replace lagi. Kalau print paling sesuai tampal kat peti ais atau pun tampal kat mesin penapis air C**** @ C***** korang. Mungkin kebarangkalian untuk cancel buat air manis tu lebih tinggi 😆

Nak tracker click sini 

https://watsap.my/0198881488/Ramadhan_Challenge_NoAirManisTracker

Nasi pula adalah karbohidrat yang tinggi kadar gula nya. Nasi tak bersalah, memang betul. Ia tidak bersalah jika di ambil dengan portion yang betul dan berpada-pada. Tapi, bila nasi di makan dengan lauk kegemaran, selalunya nasi tu bertambah, and the rest is history. (Yang menambah dan menyenduk nasi ke dalam pinggan tu lah yang bersalah hahaha) 

Cuba kurangkan gula dan nasi dalam makanan harian, anda akan lihat kesan yang lebih cepat untuk kurus.

3. Intermittent Fasting

Intermittent Fasting bermaksud berpuasa atau menghadkan waktu makan dalam masa yang ditetapkan. Biasanya untuk yang baru bermula, boleh cuba kaedah 12/12 iaitu 12 jam berpuasa dan 12 jam lagi eating window (boleh makan). Ada yang buat sehingga 16/8, 20/4 dan seterusnya. Matematik mudah di sini, bila puasa = kurang makan. Bla kurang makan,  kurang lah kalori. 

Semasa berpuasa, tubuh anda akan beralih ke dalam keadaan ketosis, di mana ia menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Bila lemak dibakar, di sinilah bermulanya proses kurus kita.  

IF juga membantu memgurangkan nafau makan. Kerana anda hanya makan dalam jangka masa yang singkat stiap hari, anda cenderung kurang lapar secara keseluruhan dan elak mengambil snek di amtara waktu makan.

Semasa berbuka, kena lah ambil Tips No 1 hingga 3 di atas juga ya. Kalau tak, rugi sahaja lah puasa IF itu.

4. Know your body dan ambil langkah segera.

Bahagian ini, hanya kita sendiri yang kenal badan kita, makanan apa yang boleh bantu kita kurus, waktu bila yang terbaik untuk berhenti makan, makanan apa yang kena di tekak kita, atau berapa cekal nya hati kita untuk menolak dessert yang di sua kat depan muka kita hahaha

Selain willpower, sebenarnya kerjasama dan signal dari badan kita juga penting. Kalau lepas makan nasi membuatkan kita cepat mengantuk , ambil langkah segera untuk kurangkan nasi dalam diet dan bereksperimen dengan diri sendiri.

Sejak mula bulan Ramadhan tahun ini, saya sendiri dah cuba try test tips kurus dengan cepat di atas. Hasilnya, saya dah turun 4.9kg dalam masa 2 minggu, dan saya yakin boleh terus turun lagi sehingga raya nanti.

Antara langkah yang saya ambil ialah

- Tak makan nasi, hanya makan lauk sahaja

- Tak ambil minuman manis - langsung !

- Tak makan kuih manis

- Tak makan biskut dan junk food (ini memang sejak dulu lagi)

- Top up dengan supplement set Hello New You untuk pastikan badan dapat nutrisi (sebab dah kurang makan), untuk pastikan perut kenyang dan tak craving untuk makan mengarut.

Jadi jangan risau, sebenarnya memang BOLEH buat, hanya ikut sahaja Tips Kurus dengan Cepat yang saya kongsikan ni.

Hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

-----

Davina Mahmood
Whatsapp : https://watsap.my/0198881488/vitamin
FB : Davina Mahmood

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

-----

PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. 

Comments

Popular posts from this blog

Bisnes Online Terbaik Buka Pintu Untuk Peniaga Baru

Assalamualaikum dan apa khabar semua  Jika anda mencari “cara” untuk memulakan bisnes atau mula berniaga, mungkin mencari peluang online adalah pilihan terbaik. Dalam dunia digital kini, lebih ramai orang mencari produk dan perkhidmatan secara online, menjadikan pasaran online semakin berkembang pesat. Kita sendiri pun kalau boleh nak semua di hujung jari, pantas, mudah, jimat masa, nak makan pun cari online. Sekarang, vitamin pun semua nya tersedia atas pelbagai paltform. Pengalaman Bisnes Online Shaklee Saya sendiri sudah 10 tahun membina Bisnes Online bersama Shaklee. Sosial media betul-betul melonjak kan Bisnes Online dan menjangkau pasaran yang lebih luas, tak terbatas oleh lokasi, peringkat umur, walau apa pun ciri perbezaan dan situasi kita. Saya pula, setiap kali memuatnaik post kat sosial media, mesti ada terselit produk Shaklee. Because Shaklee is Life 😉 Semasa musim COVID mencapai angka tertinggi tahun lepas, ramai rakan-rakan sepejabat yang terjangkit, dan dengan adanya ke

Tazkirah : Pembakar Semangat di saat setiap keluhan

Assalamualaikum dan apa khabar semua 🌻 Panas betul cuaca sekarang ni ya ?  Tak tahu di mana logiknya, tapi emosi sedikit terganggu dek bahang matahari. Tidak boleh salah sedikit, mula lah merengus, adakalanya membebel tak sudah.  Satu demi satu ujian bertimpa. Berbagai soalan mula timbul di dalam kepala.  Dan sebagai hamba yang lemah, sering terucap di bibir, keluhan demi keluhan terluah. Diikuti dengan tanda-tanda sakit kepala,  sukar untuk fokus,  susah untuk tidur, mudah marah, makin sensitif. Sah, ini sudah jadi Stres!  Stres pada definisinya adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.  Kita sering memandang ringan tentang stres tetapi tahukah anda stres juga boleh membawa maut ? Kegagalan menangani stres boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Stres mampu melemahkan sistem imun tubuh kita yang akhirnya

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah untuk Busy Moms

Assalamualaikum dan apa khabar semua  Pejam celik, dah masuk pun minggu ke-2 bulan Ramadhan. Busy betul sampai tak sedar cepat je masa berlalu kan ? Dalam kesibukan kerja pejabat, menyediakan juadah berbuka, kejutkan keluarga bersahur, tak lama lagi dah nak raya. Tiba tiba ehhh, terlupa nak belek muka sendiri.  Ibu-ibu selalu mengutamakan anak-anak dan ahli keluarga lain dalam kehidupan seharian. Selalunya, diri sendiri lah yang terabai, ikut mana sempat je. Pandang cermin pun sebab nak pakai tudung, tak dan nak tenung muka dekat-dekat. Lama-lama tak sedar, dah ada masalah kulit muncul sebab tak sempat nak jaga dari awal, apatah lagi nak buat 10 langkah skincare routine macam Korea. Tapi masih belum terlambat, ibu-ibu boleh mencuba Vitamin Kulit Cantik untuk penyelesaiannya. Masalah Kulit Kering musuh ketat Busy Moms Masalah kulit yang biasa muncul tapi selalu kita tak perasan atau lambat nak detect ialah kulit kering. Kadang-kadang menimbulkan rasa gatal dan apabila di garu, membuatka