Skip to main content

Tazkirah : Pembakar Semangat di saat setiap keluhan

Assalamualaikum dan apa khabar semua 🌻

Panas betul cuaca sekarang ni ya ? 

Tak tahu di mana logiknya, tapi emosi sedikit terganggu dek bahang matahari. Tidak boleh salah sedikit, mula lah merengus, adakalanya membebel tak sudah. 

Satu demi satu ujian bertimpa. Berbagai soalan mula timbul di dalam kepala. Dan sebagai hamba yang lemah, sering terucap di bibir, keluhan demi keluhan terluah. Diikuti dengan tanda-tanda sakit kepala, sukar untuk fokus, susah untuk tidur, mudah marah, makin sensitif. Sah, ini sudah jadi Stres! 

Stres pada definisinya adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. 

Kita sering memandang ringan tentang stres tetapi tahukah anda stres juga boleh membawa maut ? Kegagalan menangani stres boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Stres mampu melemahkan sistem imun tubuh kita yang akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung. Stres boleh membunuh, maka jangan biarkan ia membunuh anda mahupun orang yang anda sayangi. 

Apatah lagi jika diingat kembali, stres itu berpunca dari tidak puas hati dengan cuaca panas ? Sungguh tidak berbaloi! 

Segala macam bentuk masalah dan stres kita sebenarnya ada jalan keluar, kerana semua itu adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Masalah yang datang bukan untuk diratapi, ditangisi atau disesali. Setiap masalah timbul untuk dihadapi dan memberikan hikmah kepada setiap orang.


😔 Ketika kita mengeluh: 

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:

(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)

“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat 

(An Naba' : 9) 


😔 Ketika kita mengeluh: 

“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab : 

(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)

“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”

(Al Baqarah : 286)


😔 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab : 

( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)

“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”

(Ar Ra'd : 28) 


😔 Ketika kita mengeluh: 

“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab : 

(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)

"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”

(Al Zalzalah : 7)


😔 Ketika kita mengeluh:

“ tak ada seorang pun yang nak tolong aku..."

ALLAH menjawab: 

(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)

“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” 

(Al Ghafir : 60)


😔 Ketika kita mengeluh : 

“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:

ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )

“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " 

(At Taubah : 40)

Di saat ini, setiap hari saya akan cuba untuk kurangkan mengeluh, sebaliknya membanyakkan bersabar, berdoa dan teruskan kehidupan ini sebaik mungkin.

Semoga perkongsian motivasi dalam post ini jadi pembakar semangat kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam 💐

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

-----

Davina Mahmood
Whatsapp : https://watsap.my/0198881488/vitamin
FB : Davina Mahmood

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

-----

PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. 

Comments

Popular posts from this blog

Bisnes Online Terbaik Buka Pintu Untuk Peniaga Baru

Assalamualaikum dan apa khabar semua  Jika anda mencari “cara” untuk memulakan bisnes atau mula berniaga, mungkin mencari peluang online adalah pilihan terbaik. Dalam dunia digital kini, lebih ramai orang mencari produk dan perkhidmatan secara online, menjadikan pasaran online semakin berkembang pesat. Kita sendiri pun kalau boleh nak semua di hujung jari, pantas, mudah, jimat masa, nak makan pun cari online. Sekarang, vitamin pun semua nya tersedia atas pelbagai paltform. Pengalaman Bisnes Online Shaklee Saya sendiri sudah 10 tahun membina Bisnes Online bersama Shaklee. Sosial media betul-betul melonjak kan Bisnes Online dan menjangkau pasaran yang lebih luas, tak terbatas oleh lokasi, peringkat umur, walau apa pun ciri perbezaan dan situasi kita. Saya pula, setiap kali memuatnaik post kat sosial media, mesti ada terselit produk Shaklee. Because Shaklee is Life 😉 Semasa musim COVID mencapai angka tertinggi tahun lepas, ramai rakan-rakan sepejabat yang terjangkit, dan dengan adanya ke

Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan apa khabar semua 🌻 Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya 🎶🎵🎶🎵🎤 Lagu Raya yang satu ni dah melekat kat kepala, asyik terngiang-ngiang je. Pernah tak korang kena macam ni ? This will take some time to get it out of my head.  Maybe lepas 30 Syawal kot hihihi Raya tahun ni sangat bermakna pada saya, setelah 3 tahun tak balik kampung sendiri, selepas pandemik. Jujurnya, saya pun dah lupa giliran beraya kat kampung siapa tahun ni, sebab PKP lama sangat 😅 Tapi suami setuju untuk balik beraya di Sabah, dan parents serta adik beradik pun balik, jadi memang meriah ! Walaupun harga tiket flight agak mahal setanding harga melancong ke oversea, tapi kami tekad untuk balik dan sambut hari raya di Tawau, Sabah. Kami balik awal sejak Ramadhan ke 26, dan bermula lah episod packing baju, kuih muih dan tak lupa juga supplement penting untuk bekal semasa di kampung. Semestinya raya dengan Shaklee, ini antara supplement yang tak boleh saya tinggalkan : 1. Basic supplement:  - Vitalea