Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya πΆπ΅πΆπ΅π€
Lagu Raya yang satu ni dah melekat kat kepala, asyik terngiang-ngiang je. Pernah tak korang kena macam ni ? This will take some time to get it out of my head. Maybe lepas 30 Syawal kot hihihi
Raya tahun ni sangat bermakna pada saya, setelah 3 tahun tak balik kampung sendiri, selepas pandemik. Jujurnya, saya pun dah lupa giliran beraya kat kampung siapa tahun ni, sebab PKP lama sangat π Tapi suami setuju untuk balik beraya di Sabah, dan parents serta adik beradik pun balik, jadi memang meriah !
Walaupun harga tiket flight agak mahal setanding harga melancong ke oversea, tapi kami tekad untuk balik dan sambut hari raya di Tawau, Sabah. Kami balik awal sejak Ramadhan ke 26, dan bermula lah episod packing baju, kuih muih dan tak lupa juga supplement penting untuk bekal semasa di kampung.
Semestinya raya dengan Shaklee, ini antara supplement yang tak boleh saya tinggalkan :
1. Basic supplement:
- Vitalea (Multivitamin) - Raya sakan, makan tak berhenti mengunyah. Tetapi, tak semua makanan dan lauk raya lengkap berkhasiat, jadi saya ambil Multivitamin untuk tampung kekurangan nutrien dalam badan sepanjang raya.
- Vitamin B Complex - untuk kekal in good mood walaupun penattt sangattt dan kawal kemaruk daripada makan macam-macam.
- Sustained Release Vita-C (Vitamin C) - Untuk sistem imun diri sendiri, untuk kawal resdung dan maintain kulit cantik sepanjang raya, your country is hot π₯΅
- Ostenutrix (Kalsium) - untuk melegakan lenguh lenguh badan selepas mengemas, dan lenguh pinggang berdiri basuh pinggan. Yang paling saya suka, untuk rasa tidur yang cukup walaupun berjaga hingga lewat malam, serta lawas keesokan pagi nya!
- Alfalfa (mineral dan fibre) - Waktu raya jarang ada lauk sayur dan buah, kalau ada pun biasanya hanya kuah lodeh dan buah dalam tin! Jadi, saya ambil Alfalfa untuk top up mineral dan fibre untuk keselesaan perut, juga untuk alas perut supaya tak over-eating selalu. Lagiiun saya ada skin allergies bila makan mengarut (read : gula), jadi Alfalfa membantu beri kelegaan.
2. Cinch Tea Mix
Cinch Tea Mix ni lah penyelamat saya dari tidur berlebihan. Maklumlah, dengan cuaca panas, penat mengemas, penat layan tetamu, ditambah lagi dengan carbo loaded dan food-coma, memang mencabar nak tahan mata di tengah hari rembang. Jadi, pagi-pagi lagi saya akan minum Cinch Tea Mix sebagai minuman panas, menggantikan kopi atau teh, selamat tak minum air manis pagi-pagi. Paling best, taurina dalam teh ni membuat kan saya lebih fokus dan alert, segar je mata, tak ada lah macam zombie walaupun tak cukup tidur.
3. Supplement untuk anak-anak : Nutriferon dan Hero Kiddo
Musim perayaan juga biasanya sinonim dengan musim penyakit berjangkit π₯² Terutama budak-budak, selain berjumpa dan bermain dengan saudara dan rakan-rakan, perubahan cuaca dan rutin pemakanan yang berubah juga boleh membuatkan mereka jatuh sakit. Jadi, saya prepare siap-siap dan suap kan mereka Hero Kiddo setiap hari dan Nutriferon setiap tiga hari untuk tingkatkan sistem imun mereka. Even kalau jatuh sakit sekali pun (which is normal ya), sekejap sahaja sudah sembuh.
4. Supplement 3 sekawan : Untuk βmaintainβ berat badan semasa raya - Herblax, Lecithin dan Omega Guard. Gandingan 3 supplement ini selalu membuat kan saya βberingatβ yang saya telah turun 5kg semasa bulan puasa, dan cepat-cepat telan supplement dengan harapan berat badan tidak naik raya ini!
Lagi satu tips elak makanan berminyak dan terpercik ke baju - pilih lah baju warna putih, macam kami πππ
Overall, pengalaman Raya dengan Shaklee mengingatkan saya untuk sentiasa alert dalam menjaga dan mengawal pengambilan makanan, sebab setiap kali saya ambil vitamin, saya berazam untuk menjadi lebih sihat, agar dapat mengelakkan penyakit kronik dalam jangka masa panjang. Dengan kesihatan yang lebih baik saya harap dapat spend lebih banyak raya bersama keluarga di tahun-tahun yang akan datang, jika diberi rezeki umur panjang.
Nak merasai pengalaman Raya dengan Shaklee seperti saya ? Hubungi saya untuk konsultasi lanjut. π
Comments
Post a Comment